Page 112 - KPKM
P. 112

111  |  LAPORAN TAHUNAN ‘23




          PENGANJURAN MESYUARAT ANTARABANGSA SEPERTI BERIKUT :

              a.   Mesyuarat Kali Ke-45 Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN dan Mesyuarat Lain
                  Berkaitan, 2 - 6 Oktober 2023, Kuala Lumpur;
              b.  Mesyuarat Kali Ke-23 Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN Campur Tiga dan
                  Mesyuarat Lain Berkaitan, 2 - 6 Oktober 2023, Kuala Lumpur;
              c.  Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN-Jepun, 4 Oktober 2023,
                  Kuala Lumpur; dan
              d.  Mesyuarat Kali Ke-8 Peringkat Menteri-Menteri ASEAN-China mengenai Sanitari dan Fitosanitari,
                  6 Oktober 2023, Kuala Lumpur.


          Malaysia menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat kali ke-45 Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan
          ASEAN (The 45th ASEAN Ministerial Meeting on Agriculture and Forestry – AMAF) dan mesyuarat lain
          berkaitan di Kuala Lumpur dari 2 hingga 6 Oktober 2023, Mesyuarat kali ke-23 Menteri-Menteri Pertanian
          dan Perhutanan ASEAN Campur Tiga (The 23rd AMAF Plus 3 Meeting), Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri
          Pertanian dan Perhutanan ASEAN – Jepun (The 1st ASEAN – Japan Ministerial Meeting on Agriculture
          and Forestry – The 1st AJMAF) dan Mesyuarat kali ke-8 Peringkat Menteri-Menteri ASEAN – China mengenai
          Sanitari dan Fitosanitari.

          YB Menteri telah dilantik sebagai Pengerusi AMAF, manakala YB Timbalan Menteri telah diberi
          tanggungjawab untuk mengetuai delegasi Malaysia seramai 40 orang pegawai. Selain pegawai daripada
          KPKM dan agensi di bawahnya, pegawai daripada Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian
          Kesihatan, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
          turut menyertai delegasi Malaysia.



























              YB Menteri KPKM telah mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Kali Ke-8 Peringkat Menteri-Menteri ASEAN-China
                           Mengenai Kerjasama SPS dengan TYT  Zhao Zenglian, Ahli Jawatankuasa CPC GACC
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117