Page 111 - KPKM
P. 111

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |      110




          Selain itu, YAB Perdana Menteri telah merasmikan Pavilion Malaysia pada 17 September 2023 dan
          seterusnya melancarkan Program Percubaan Eksport Buah Nangka Malaysia ke RRC di reruai KPKM
          bersama-sama YB Timbalan Menteri. Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh YB Menteri Pelaburan,
          Perdagangan dan Industri, YB Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Timbalan Menteri Luar
          Negeri serta wakil pegawai-pegawai China.


























                YAB Perdana Menteri melancarkan pengeksportan percubaan pertama nangka Malaysia ke China di reruai KPKM
                                                   sempena CAExpo 2023.



          YB Timbalan Menteri dan delegasi telah mengadakan lawatan industri ke China–Malaysia Qinzhou
          Industrial Park (CMQIP) pada 18 September 2023. CMQIP merupakan kolaborasi penting antara China dan
          Malaysia dalam bidang pembangunan industri yang bertujuan menggalakkan pertumbuhan ekonomi
          dan meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.























                  Delegasi Malaysia bergambar bersama barisan Pengurusan China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP)
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116