Page 104 - KPKM
P. 104
103 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
YB Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan delegasi turut berpeluang melawat
industri pertanian moden yang mempromosikan dan meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran
domestik di Singapura.
YB Timbalan Menteri KPKM dan delegasi mengadakan lawatan ke Industri Pertanian Moden.
LAWATAN YB MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE EIGHTH ASIA
PACIFIC ECONOMIC COOPERATION FOOD SECURITY MINISTERIAL MEETING, SEATTLE,
WASHINGTON, AMERIKA SYARIKAT, 3 OGOS 2023
YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan delegasi telah menghadiri The Eighth Asia Pacific
Economic Cooperation Food Security Ministerial Meeting (APEC) pada 3 Ogos 2023. APEC merupakan forum
ekonomi serantau yang dibentuk pada tahun 1989 bertujuan memanfaatkan kesalingbergantungan di
rantau Asia Pasifik. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Setiausaha Jabatan Pertanian Amerika
Syarikat, TYT Thomas J. Vilsack. Amerika Syarikat adalah tuan rumah bagi mesyuarat APEC 2023 dengan
tema “Creating a Resilient and Sustainable Future for All”.
Semasa mesyuarat tersebut, YB Menteri telah menyatakan sokongan Malaysia terhadap empat prinsip
di dalam Principles Document. Prinsip tersebut adalah selari dengan Dasar Agromakanan Negara 2021 –
2030 (DAN 2.0) yang memberi penekanan sepenuhnya terhadap sistem agromakanan yang mampan
dan berdaya tahan ke arah pengukuhan keterjaminan makanan serta nutrisi yang berterusan untuk
rakyat.