Page 100 - KPKM
P. 100

99   |  LAPORAN TAHUNAN ‘23




          Program promosi yang bertemakan “An Evening with Malaysia’s Agroproducts in Rome” ini telah diadakan
          di perkarangan Kedutaan Besar Malaysia di Rom pada 4 Julai 2023.  Program ini turut dihadiri oleh tetamu
          kehormat yang terdiri daripada komuniti diplomatik termasuk Duta-duta Negara ASEAN, Wakil-wakil
          Tetap di FAO, komuniti diaspora Malaysia serta pihak swasta di Itali.


























               YB Menteri KPKM bergambar bersama komuniti diplomatik termasuk Duta-duta Negara ASEAN, Wakil-wakil Tetap di
                                     FAO, komuniti diaspora Malaysia serta pihak swasta di Itali.




          LAWATAN KERJA YB MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE HUNGARY,
          6 HINGGA 8 JULAI 2023

          YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke
          Hungary dan mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya TYT Dr. István Nagy, Menteri
          Pertanian Hungary pada 6 Julai 2023 di Budapest. YB Menteri mengalu-alukan kerjasama dengan
          Hungary dalam sektor pertanian terutamanya bagi akses pasaran produk pertanian kedua-dua negara
          serta dalam bidang R&D serta teknologi pertanian.  Sesi perbincangan tersebut selanjutnya diteruskan
          dengan sesi menandatangani MoU dalam bidang pertanian antara Malaysia dan Hungary oleh kedua-
          dua pemimpin. Dengan termeterainya MoU ini, ia akan menjadi platform yang kukuh untuk kerjasama
          bidang pertanian dan keselamatan makanan yang lebih meluas dengan membolehkan aspek teknikal
          terutamanya dalam bidang R&D, sains dan teknologi, pengukuhan kemahiran dan kepakaran sumber
          manusia, pendidikan serta akses pasaran dapat dibincangkan di bawah platform rasmi membolehkan
          kedua-dua negara merangka program-program pengukuhan dan kerjasama baharu yang bersesuaian.
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105