Page 98 - KPKM
P. 98
97 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
LAWATAN KERJA YB MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN BAGI
MENGHADIRI PERSIDANGAN FOOD AND AGRICULTURE ORGANIZATION (FAO) SESI KE-43
DI ROM, ITALI, 3 HINGGA 5 JULAI 2023
YB Menteri memulakan jadual lawatan kerja dengan menghadiri Persidangan Ke-43 Food and Agriculture
Organization, Rom, Itali yang bertemakan “Water Resources Management for the Four Betters: Better
Production, Better Nutrition, Better Environment and Better Life, to achieve Agenda 2030 and The Sustainable
Development Goals”. Persidangan FAO yang diadakan setiap dua tahun sekali ini telah membincang dan
merumuskan agenda FAO melalui tiga sesi utama iaitu Plenary Session (Ministerial Level), Commission I
(Working Group Level) dan Commision II (Working Group Level).
Semasa sidang Plenary, YB Menteri telah menyampaikan kenyataan negara di bawah tajuk “Integrated
Water Resources Management” di mana beliau telah menyatakan pendirian dan komitmen Malaysia
terhadap agenda yang dibawa oleh FAO pada kali ini khasnya tadbir urus air yang baik bagi mencapai
kelestarian pengurusan sumber air dan pengurusan risiko banjir yang berkesan dan berdaya tahan.
Lawatan kerja YB Menteri di Itali diteruskan dengan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya iaitu
TYT Francesco Lollobrigida, Menteri Pertanian, Kedaulatan Makanan dan Perhutanan Itali di Ibu Pejabat
FAO pada 3 Julai 2023 dan seterusnya dengan TYT Dr. Qu Dongyu, Ketua Pengarah FAO di Ibu Pejabat FAO.
YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah Mesyuarat Dua Hala antara YB Menteri Pertanian dan
menyampaikan kenyataan negara di bawah tajuk Keterjaminan Makanan Malaysia dengan Menteri
“Integrated Water Resources Management” Pertanian, Kedaulatan Makanan dan Perhutanan Itali.