Page 94 - KPKM
P. 94

93   |  LAPORAN TAHUNAN ‘23



          BAHAGIAN

          ANTARABANGSA (AB)





          OBJEKTIF BAHAGIAN ANTARABANGSA

          •   Mengoptima dan memanfaatkan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara / organisasi
              luar negara bagi membangunkan dan memartabatkan imej sektor agromakanan negara di
              peringkat antarabangsa; dan
          •   Menerokai pasaran global bagi produk-produk agromakanan dan industri asas tani.


          FUNGSI UTAMA BAHAGIAN ANTARABANGSA
          •   Memperkukuh hubungan Malaysia dengan negara/ organisasi luar di peringkat dua hala, serantau
              dan pelbagai hala dalam bidang agromakanan bagi pembangunan sektor agromakanan negara
              agar berdaya maju, moden dan dinamik;
          •   Mengadakan perundingan bagi memperolehi akses pasaran global bagi produk agromakanan
              Malaysia agar menjadi negara pengeskport produk makanan terkemuka dunia;
          •   Menjaga kepentingan negara dari segi dasar agromakanan di peringkat antarabangsa; dan
          •   Mengadakan kerjasama teknikal di peringkat antarabangsa untuk pemindahan teknologi terkini,
              pertukaran maklumat dan program / projek kerjasama dalam bidang agromakanan.


          LAWATAN KERJA YB MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE REPUBLIK RAKYAT
          CHINA, 25 HINGGA  29 APRIL 2023

          YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengadakan lawatan ke Republik Rakyat China
          dari 25 hingga 29 April 2023 sempena menghadiri ASEAN China Year of Agricultural Development and
          Food Security Cooperation in Beijing and Shandong Province, RRC dan seterusnya mengadakan Lawatan
          industri ke Jinan, Shandong Province dan Hulunbuir Agricultural Reclamation Group Information Center
          di Inner Mongolia Autonomous Region, RRC.

          Program ASEAN – China Year of Agricultural Development and Food Security Cooperation 2023 merupakan
          inisiatif Kerajaan China untuk terus memberi fokus kepada aktiviti pembangunan pertanian dan
          bidang-bidang yang menjadi tumpuan antarabangsa dan serantau. YB Menteri telah menyampaikan
          ucaptama dan bertemu dengan TYT Ma Youxiang, Timbalan Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Luar
          Bandar (MARA), China bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama pertanian Malaysia – China dengan
          mengoptimumkan kelebihan platform ASEAN. YB Menteri telah dijemput oleh  Chinese  Academy  of
          Sciences (CAS) dan syarikat Spacegen untuk melawat Hulunbuir Agricultural Reclamation Information
          Center, yang turut menempatkan pasar raya Hulunbuir State Farm. Pasar raya di pusat berkenaan turut
          memasarkan pelbagai hasil pertanian termasuklah produk ternakan lembu tenusu, telur, minyak kanola,
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99