Page 89 - KPKM
P. 89
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 88
Bermula Januari 2023, kursus upskilling dilaksanakan dengan menggunakan sistem Digital Training
Information & Management System (DTIMS). Melalui sistem ini perolehan pelaporan data adalah lebih
tepat dan komprehensif. Maklumat berkaitan status permohonan, kategori umur dan jantina peserta,
penilaian penceramah serta penilaian fasiliti bagi setiap kursus yang dilaksanakan juga boleh diperolehi.
KURSUS PERANTIS PERTANIAN (TALENT POOL)
Reskiling Pegawai Pengembangan/ Tenaga Pakar Kakitangan Kementerian Pertanian Dan
Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kumpulan Sasar
KPKM telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara bagi
merangka pelan komprehensif bertujuan untuk meningkatkan jaminan bekalan makanan negara di
samping memantau pelaksanaan tindakan-tindakan intervensi yang telah ditetapkan. Justeru, Program
Perantis Pertanian (Talent Pool) telah diperkenalkan sebagai salah satu (1) Pelan tindakan intervensi
jangka pendek yang telah dipersetujui semasa Mesyuarat Jawatakuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti
Bekalan Makanan Negara pada tahun 2022.
Program Perantis Pertanian (Talent Pool) dilaksanakan dengan kerjasama strategik jabatan atau
agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Program ini bertujuan
untuk membangunkan bakat baru serta tenaga kerja berkemahiran dalam bidang pertanian melalui
penganjuran kursus bersasar yang melibatkan empat kategori seperti berikut:
a. Golongan Sasar 1: Bakal pesara dari kalangan tentera dan penjawat awam.
b. Golongan Sasar 2: Graduan bukan siswazah pertanian.
c. Golongan Sasar 3: Graduan daripada siswazah pertanian, graduan daripada Pusat
Bertauliah BPKLP, KPKM dan Kolej Vokasional (KV) Pertanian.
d. Golongan Sasar 4: Kumpulan sasar berfokus seperti lepasan sekolah, bekas banduan,
OKU dan golongan B40.