Page 191 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 191

Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 181
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            PENDAHULUAN
            Negeri Kedah dan Perlis adalah terkenal dengan kawasan tanaman padi
            sehinggakan  digelar  jelapang  padi  negara.  Kawasan  yang  diuruskan
            oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ini adalah seluas
            130,282  hektar  dimana  100,685  hektar  adalah  kawasan  pasel  padi.
            Keluasan pasel padi ini merangkumi dua (2) buah negeri iaitu Negeri
            Kedah  (82,968  hektar)  dan  Negeri  Perlis  (17,717  hektar).  Keluasan
            pasel  tanaman  padi  Kawasan  Muda  mewakili  35.13%  daripada
            keluasan  pasel  padi  negara  (http://www.mada.gov.my/orang-awam,
            2.11.2019) . Bagi memastikan perjalanan pengurusan dan pentadbiran
            MADA berjalan dengan lancar, MADA dibahagikan kepada empat (4)
            wilayah  iaitu,  Wilayah  I  (Perlis),  Wilayah  II  (Jitra),  Wilayah  III
            (Pendang) dan Wilayah IV (Kota Sarang Semut). Maklumat terperinci
            keluasan kawasan MADA adalah seperti berikut:















            Sumber:  http://www.mada.gov.my/orang-awam/keluasan-tanaman-
            padi/

            Dalam  perbendaharaan  fiqh  Islam,  perbincangan  berkaitan  zakat
            pertanian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu zakat buah-buahan
            dan  zakat  tanaman.  Sebagai  contoh  dalam  kitab  al-Muhazzab,
            perbincangan tentang zakat buah-buahan (zakat al-thimar) didahulukan
            daripada  perbincangan  tentang  zakat  al-zuru’  (tanaman)  (al-Syirazi,
            1959).  Walaupun  perbahasannya  terpisah,  namun  kedua-duanya
            meliputi zakat pertanian yang dimaksudkan. Perbendaharaan fiqh juga


                                                                          177
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196