Page 189 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 189

179
                                  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 179
                                                    omen and Community Dev
                                  Zakat & Waqf: Impact on W
                                                                      elopment |
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            Chapter 9:
            KAEDAH  PENINGKATAN  KUTIPAN  ZAKAT
            PERTANIAN DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN:

            KAJIAN ANALISIS

            Ahmad Khilmy Bin Abdul Rahim
            Pusat Pengajian Perniagaan Islam,
            Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM).
            E-mail: khilmy@uum.edu.my

            Mohd Murshidi Mohd Noor
            Pusat Pengajian Perniagaan Islam,
            Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM).
            E-mail: murshidi@uum.edu.my

            ABSTRAK

            Di Malaysia, hasil pertanian yang wajib dikeluarkan zakat ialah yang
            berbentuk  makanan  asasi  (qut  al-balad)  dan  mengenyangkan  bagi
            sesebuah negeri. Pengertian inilah yang diguna pakai oleh kebanyakan
            pusat  pungutan  zakat  negeri-negeri  di  Malaysia  seperti  Kedah
            (Lembaga Zakat Negeri Kedah), Selangor (Lembaga Zakat Selangor),
            Melaka (Pusat Zakat Melaka), Pahang (Pusat Kutipan Zakat Pahang)
            dan  lain-lain.  Dalam  konteks  Malaysia  adalah  dimaklumi  bahawa
            makanan asasi masyarakatnya adalah beras ataupun padi. Oleh sebab
            itu,  zakat  tanaman  adalah  diwajibkan  ke  atas  padi  apabila  telah
            sempurna syarat-syaratnya yang tertentu. Kajian ini menganalisis asas
            perlaksanaan  zakat  pertanian  (padi)  di  negeri  Kedah  Darul  Aman
            berdasarkan undang-undang Kedah Tua seperti yang terkandung di
            dalam fasa 3 Tembera Seri Paduka Tuan (1667 M), undang-undang
            pentadbiran Negeri Kedah pada ketika itu dan  Enakmen Zakat Kedah
            yang  berkuatkuasa  sebelum  merdeka  iaitu  pada  tahun  1955.  Artikel



                                                                          175
   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194