Page 223 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 223
Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 213
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
Sejak tahun 1991, operasi pengutipan zakat kemudiannya diuruskan
oleh sebuah syarikat MAIWP yang dinamakan sebagai Hartasuci Sdn.
Bhd. menggunakan jenama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) selaras
dengan seksyen 8A(1) menyatakan bahawa: “Majlis boleh, dengan
kelulusan Yang di-Pertuan Agong, menubuhkan syarikat di bawah Akta
Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang telah
dirancang atau diusahakan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan atau
kuasanya di bawah seksyen 7”. PPZ secara asasnya bertanggungjawab
menjalankan kerja-kerja pengutipan zakat serta usaha menyampaikan
dakwah zakat kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan. Sejak
penubuhannya, banyak pembangunan dilakukan oleh institusi itu
antaranya dalam pelbagai cara kutipan zakat yang bukan sahaja
tertumpu melalui kutipan kaunter tetapi juga dilakukan melalui
medium terkini seperti aplikasi termasuklah dalam penggunaan
teknologi terkini.
Perkembangan terkini, mesyuarat MAIWP kali ke-160 Bil. 3/2022
yang telah bersidang pada 23 Ogos 2022, dan telah diperkenankan oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong pada 1 Oktober 2022, telah bersetuju pengurusan wakaf tunai
(Wakaf Am dan Wakaf Khas) di Wilayah Persekutuan diserahkan
kepada PPZ. Justeru, lebih banyak usaha dakwah perlu digemblengkan
untuk mengajak masyarakat di samping menunaikan ibadah wajib
zakat, pada masa yang sama turut menyumbang kepada ibadah sunat
iaitu wakaf tunai.
PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM ZAKAT DI
WILAYAH PERSEKUTUAN
Sejak tiga dekad lalu, khususnya di Wilayah Persekutuan, zakat telah
menjadi tonggak ekonomi dan pembangunan umat Islam, membawa
sumber kewangan, kemahiran, dan inovasi untuk membantu
208