Page 227 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 227
Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 217
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
ELEMEN PERSONALITI MUZAKKI SEBAGAI
ASAS DAKWAH ZAKAT
Sebagaimana personaliti masyarakat yang pelbagai, pembayar zakat
juga mempunyai kecenderungan yang berbeza-beza. Menurut Saul
Mcleod (2023), personaliti individu boleh dibahagikan kepada dua jenis
iaitu Jenis-A dan Jenis-B. Ringkasnya, pembahagian personaliti ini
dilihat kepada tindak balas individu terhadap masa dan tekanan.
Personaliti Jenis-A dicirikan oleh perasaan bekerja yang berterusan
melawan masa dan rasa daya saing yang kuat. Individu yang
mempunyai personaliti Jenis-A biasanya mengalami tahap tekanan
yang lebih tinggi dan menggemarkan kepantasan. Personaliti Jenis-B
pula dicirikan oleh sifat santai, sabar dan mudah mesra. Orang yang
mempunyai personaliti Jenis-B cenderung lebih santai daripada
individu Jenis-A, lebih reflektif dalam membuat sesuatu tindakan.
Rajah 2: Personaliti Individu
Sumber: Saul Mcleod (2023)
Pembahagian personaliti secara tidak langsung memberi kesan
terhadap bagaimana kaedah berdakwah zakat yang harus dipraktikkan.
Dakwah zakat pula pada asalnya boleh dibahagikan kepada dua jenis.
Pertama, dakwah dengan bermaksud menyampaikan mesej zakat
kepada masyarakat. Kedua, dakwah dengan bermaksud menyediakan
212