Page 232 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 232
222 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
Sudah semestinya, kaedah Potongan Zakat Bulanan (atau
potongan gaji) merupakan kaedah saluran yang paling popular dan
tinggi sumbangannya kepada keseluruhan kutipan zakat.
iv. Kaunter Zakat Digital (KZD). Pembayar boleh menghubungi
pegawai PPZ-MAIWP untuk sebarang pertanyaan, pembayaran
dan penjelasan lanjut mengenai zakat. Unit Khidmat Kaunter
melalui 10 Kaunter PPZ-MAIWP menyediakan perkhidmatan
Kaunter Zakat Digital (KZD) bagi membantu dalam menjawab
pertanyaan dan maklum balas daripada pembayar zakat. Pembayar
hanya perlu pilih lokasi kaunter yang ingin dihubungi dan isi
maklum balas, kemudian wakil pegawai kaunter akan menghubungi
mereka semula. Misi Kaunter Zakat Digital ini adalah menyediakan
perkhidmatan teknologi norma baru kepada para pembayar dalam
menjawab pertanyaan dan maklum balas.
v. Perbankan Internet dan Kaunter Bank. Pembayaran zakat
secara dalam talian di 15 bank terpilih seperti di Maybank2u, CIMB
Clicks, Bank Islam dan sebagainya.
vi. Ejen-Ejen Terpilih. Pembayaran zakat melalui e-Wallet & Online
Portal (antaranya adalah Shopee, Boost, MyEG, Jompay, GoPayz
& PayHalal)
217