Page 237 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 237

Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 227
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

               pembayar  berkesempatan  untuk  bersalaman,  dan  mengucapkan
               akad.  Di  akhir  proses,  amil  akan  membaca  doa  bagi  memohon
               kerahmatan  dari  Allah  SWT  terhadap  proses  pembayaran  zakat
               tersebut.

            ii.  Majlis Bayaran Zakat. Ini merupakan proses simbolik bayaran di
               mana syarikat-syarikat akan dihimpunkan bersama di dalam satu
               majlis bagi menjalankan proses pembayaran zakat. Majlis ini akan
               bersama-sama  dengan  pengamal  media  yang  akan  melaporkan
               kepada saluran media masing-masing. Kelebihan kaedah bayaran
               ini  adalah  supaya  syarikat  tersebut  akan  diketengahkan  kepada
               masyarakat,  sekaligus  orang  ramai  akan  mendapat  imej  positif
               terhadap perniagaan mereka.

            iii. Perkhidmatan Door-To-Door (D2D). Untuk perkhidmatan ini
               pembayar boleh buat tempahan di mytemujanji.zakat.com.my dan
               boleh  juga  menggunakan  aplikasi  pembayaran  zakat  menerusi
               telefon  bimbit  masing-masing.  Disediakan  bagi  pembayar  yang
               ingin  membuat  bayaran  zakat  melebihi  RM1,000.00  dengan
               kehadiran pegawai zakat terus ke premis mereka. Kaedah bayaran
               melalui tunai/ cek / kad kredit perbankan Islam dan kad debit
               adalah  dibenarkan.  Resit  Bayaran  Zakat  akan  dikeluarkan  terus
               kepada pembayar zakat.

            iv.  Ejen Firma Guaman dan Perakaunan. Ejen firma guaman dan
               perakaunan  merupakan  ejen  kutipan  zakat  yang  dilantik  PPZ-
               MAIWP. Sekiranya masyarakat perlukan bantuan pengiraan dan
               pembayaran  zakat  pendapatan,  perniagaan,  simpanan  atau  emas
               bolehlah berjumpa ejen firma guaman dan perakaunan. Bayaran
               boleh terus dibuat dan tiada sebarang caj tambahan dikenakan.






                                                                          222
   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242