Page 240 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 240

230 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            iii. Menambahkan Keyakinan Pembayar. Salah satu aspek penting
               dalam dakwah zakat dalam talian adalah berkongsi maklumat yang
               tepat  dan  relevan  tentang  zakat  dengan  masyarakat.  Ini  boleh
               dilakukan  melalui  penulisan  artikel,  pembuatan  infografik,
               penerbitan video, atau penganjuran webinar yang membincangkan
               topik  zakat  secara  menyeluruh.  Maklumat  ini  boleh  disebarkan
               melalui  laman  web,  blog,  atau  media  sosial.  Penting  untuk
               menunjukkan ketelusan dalam pengurusan dan penggunaan zakat.
               Dalam mekanisme dakwah zakat secara dalam talian, institusi yang
               mengumpul dan mengagihkan zakat perlu menyediakan laporan
               yang jelas dan terperinci tentang pengagihan dana zakat. Laporan
               ini  boleh  diakses  melalui  laman  web  atau  aplikasi  mudah  alih,
               supaya  masyarakat  dapat  melihat  dengan  jelas  bagaimana  zakat
               mereka digunakan.

            PENUTUP
            Secara  keseluruhan,  PPZ-MAIWP  di  Wilayah  Persekutuan  telah
            menjadi tonggak ekonomi dan pembangunan umat Islam, membawa
            sumber  kewangan,  kemahiran,  dan  inovasi  untuk  membantu
            menangani  cabaran  mendesak  yang  dihadapi  ummah.  Pertumbuhan
            zakat  telah  didorong  oleh  pelbagai  trend  berkaitan,  termasuk
            peningkatan kekayaan dalam ekonomi yang sedang pesat membangun,
            pertambahan generasi baharu pembayar dengan idea dan perspektif
            baharu, dan kelebihan daripada teknologi baharu. Selari dengan itu,
            PPZ-MAIWP  telah  menjalankan  pelbagai  bentuk  inovasi  sepanjang
            tiga dekad dalam kaedah menyediakan mekanisme penyampaian mesej
            dan saluran bayaran zakat yang memudahkan.








                                                                          225
   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245