Page 239 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 239

Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 229
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            kutipan  zakat  melalui  mekanisme  dakwah  zakat  yang  berkesan  dan
            menyeluruh.

            i.  Pemindahan  Ilmu  (Knowledge  Transfer).  Ilmu  adalah
               sebahagian daripada budaya Islam. Sejak zaman Rasulullah SAW,
               budaya ini telah diberi perhatian khusus sebagaimana firman Allah
               dalam Al-Qur’an. Ilmu juga mempunyai kaitan rapat dengan tahap
               kesedaran,  kepuasan  dan  kepercayaan  pembayar  zakat.  Malah,
               kurangnya pengetahuan tentang zakat, akan memberi natijah yang
               buruk  kepada  sistem  zakat  itu  sendiri.  Justeru  itu,  pendekatan
               pendidikan  secara  langsung  kepada  masyarakat  dengan
               mengadakan program-program pendidikan dan kesedaran tentang
               zakat, perlu dilakukan melalui seminar, webinar, atau latihan yang
               menggali  pemahaman  mendalam  tentang  zakat  dan  bagaimana
               melaksanakannya dengan betul.

            ii.  Perkhidmatan Peribadi (Personalized Services). Perkhidmatan
               peribadi  menyediakan  pengalaman  pelanggan  yang  disesuaikan
               dengan keperluan dan pilihan individu tersebut tidak kira mereka
               dalam golongan Jenis-A atau Jenis-B. Pembentukan keperibadian
               institusi zakat yang tepat akan membuatkan pelanggan berasa lebih
               dihargai,  yang  memberi  motivasi  kepada  kesetiaan  untuk  terus
               membayar.  Institusi  zakat  seperti  PPZ-MAIWP  hendaklah
               menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan berpandukan data
               dan    membina     interaksi   dengan   pelanggan,   kemudian
               memanfaatkan  maklumat  tersebut  untuk  memenuhi  keperluan
               mereka.  Perkhidmatan  pelanggan  yang  diperibadikan  boleh
               berbentuk komunikasi dengan pelanggan melalui saluran pilihan
               mereka.  Ia  juga  boleh  melibatkan  akses  kepada  data  pelanggan
               untuk  memberikan  cadangan  bayaran  zakat  yang  berkaitan  atau
               penyelesaian sokongan dengan segera.




                                                                          224
   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244