Page 234 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 234
224 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
kafalah muzakki, wakaf dan kerjasama program pada masa akan
datang. Selain turut membina hubungan erat dengan syarikat-
syarikat utama supaya mendapat kesan berimpak tinggi.
ii. Ceramah, Kuliah dan Taklimat Zakat. Mengadakan ceramah
dan kuliah di masjid, surau, atau di lokasi majikan masyarakat untuk
memberikan pemahaman yang lebih dalam tentang zakat kepada
masyarakat. PPZ-MAIWP berdakwah dan menyalurkan informasi
zakat menerusi ceramah di pejabat-pejabat kerajaan dan syarikat-
syarikat swasta, sesi taklimat kepada majikan, persatuan, NGO
serta khutbah Jumaat. Begitu juga dengan penganjuran seminar
zakat adalah bagi mengupas segala isu dan permasalahan zakat oleh
golongan ahli akademik dan juga para pelaksana zakat itu sendiri.
Para penceramah yang kompeten dan berpengetahuan luas tentang
zakat dapat memberikan penjelasan yang jelas dan mengajak
masyarakat untuk melaksanakan kewajipan zakat.
iii. Tele-Marketing (Tele-Pemasaran). Menghubungi pembayar
atau bakal pembayar secara telefon untuk memberi peringatan atau
mencadangkan temu janji untuk membuat taksiran dan penerangan
tentang zakat, seterusnya menunaikan pembayaran zakat.
iv. Surat Peringatan. Menghubungi pembayar atau bakal pembayar
dengan menghantar surat peringatan bagi memberi peringatan
jumlah bayaran zakat yang masih belum tertunai berbanding tahun
sebelumnya.
v. Konsultasi Zakat. Taksiran zakat dan khidmat pembayaran
kepada pelanggan yang tidak berkesempatan hadir ke premis PPZ.
vi. Kempen Melalui Media Massa. PPZ-MAIWP berkempen
kewajipan mengeluarkan zakat melalui kerjasama dengan media
219