Page 231 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 231
Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 221
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
atau SMS dibuat mengikut kategori pembayar zakat, serentak
penggunaan Instagram, Facebook, Youtube dan Tiktok untuk
menarik pembayar zakat baharu.
Saluran Bayaran Zakat Secara Atas Talian (Online)
Zakat sudah semestinya sinonim dengan pembayaran melalui kaedah
bersemuka melibatkan pembayar zakat dan amil di kaunter pungutan
zakat. Bagi zakat fitrah pula, ia melibatkan amil-amil di masjid-masjid
dan sekitar pasar raya sewaktu bulan Ramadan. Sungguhpun begitu,
pendekatan atas talian (online) dalam menjalankan kutipan zakat
seharusnya diketengahkan khususnya bagi memenuhi keperluan
individu Jenis-A yang melawan masa dan menggemarkan kepantasan.
Berikut merupakan saluran-saluran bayaran zakat atas talian PPZ-
MAIWP:
i. Portal PPZ-MAIWP. Pembayaran zakat boleh dibuat menerusi
portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my. Melalui kaedah ini,
pembayar boleh membuat kiraan menggunakan kalkulator zakat
dan melakukan transaksi pembayaran melalui FPX atau kad kredit
perbankan Islam serta semak penyata bayaran terdahulu. Selain itu,
pelbagai maklumat boleh didapati dalam portal PPZ-MAIWP
termasuklah info-info zakat, fatwa-fatwa berkaitan, laporan zakat
dan sebagainya.
ii. Aplikasi MyZakat. Aplikasi MyZakat boleh dimuat turun secara
percuma melalui App Store dan Google Play. Pembayar boleh
mengira, bayar dan semak rekod bayaran zakat mereka di mana
sahaja dengan lebih cepat, mudah dan selamat.
iii. Potongan Zakat Bulanan (PZB). Pembayar boleh membuat
atau menambah potongan zakat bulanan di ptg.zakat.com.my
selain tawaran mendapat 100 peratus rebat cukai pendapatan.
216