Page 228 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 228

218 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            saluran bayaran zakat bagi membantu masyarakat menunaikan zakat
            dengan berkesan.

            Selari dengan penjelasan di atas, dakwah terhadap Jenis-A memerlukan
            penjelasan zakat yang ringkas dan padat, serta sistem pembayaran zakat
            yang  pantas  seperti  menerusi  atas  talian  (online).  Sebaliknya  dakwah
            terhadap  individu  Jenis-B  memerlukan  penjelasan  yang  lebih
            mendalam dan santai, sekaligus sistem pembayaran zakat yang sesuai
            adalah secara berhadapan seperti di kaunter bersalaman dengan amil.

            MEKANISME DAKWAH ZAKAT MENERUSI ATAS
            TALIAN (ONLINE)

            Sebagaimana  dijelaskan  di  atas,  personaliti  Jenis-A  dicirikan  oleh
            perasaan bekerja yang berterusan melawan masa dan menggemarkan
            kepantasan.  Justeru,  mekanisme  dakwah  zakat  menerusi  atas  talian
            (online)  dilihat  lebih  sesuai  dijalankan  untuk  golongan  seperti  ini.
            Pembahagian  dakwah  menerusi  atas  talian  (online)  dijelaskan  seperti
            berikut:

            Penyampaian Mesej Zakat Secara Atas Talian (Online)
            i.  Media Sosial. PPZ-MAIWP menerusi saluran media baru secara
               berterusan menghidangkan pelbagai info terkini supaya masyarakat
               dan pembayar zakat akan tetap merasa dekat dan cakna dengan isu-
               isu terbaru zakat. Dengan mengikuti laman Facebook dan Youtube
               rasmi  PPZ-MAIWP,  pengunjung  akan  dihidangkan  dengan
               pelbagai info terkini dari pelbagai bidang tidak semestinya sekitar
               topik zakat, malah termasuk juga pemantapan rohani, pengurusan
               kewangan  dan  perniagaan;  mewujudkan  rasa  “berbaloi”  bagi
               mereka untuk kekal mengikuti laman sosial PPZ-MAIWP. Usaha
               ini juga sebagai satu kaedah lain memujuk masyarakat untuk kekal
               membayar zakat di PPZ-MAIWP di masa pandemik ini. Sehingga




                                                                          213
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233