Page 230 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 230
220 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
§ Borak Dengan Miro. Program santai yang menjemput ramai
tokoh-tokoh dari pelbagai bidang dalam membincangkan isu-
isu semasa seperti pengurusan perniagaan, pemasaran, motivasi
dan lain-lain lagi.
§ Akademi Zakat (AZKA) Live Webinar. Siri webinar yang
lebih bersifat akademik yang menjemput tokoh-tokoh
berpengaruh membincangkan bukan sahaja berkenaan zakat
malah melibatkan pengurusan kewangan, teknologi, tadbir urus
dan pelbagai lagi.
Hakikatnya, webinar dan peningkatan penggunaan media sosial
merupakan satu daripada impak dan realiti semasa hasil daripada
pandemik Covid-19. Apabila kerajaan Malaysia mengumumkan
PKP sekitar tahun 2020 – 2022, aktiviti fizikal membabitkan
jumlah yang ramai telah dihadkan dengan mengambil kira
penjarakan fizikal. Alternatif yang ada untuk menganjurkan
seminar dan perkongsian ilmu membabitkan kumpulan besar
hanyalah melalui medium atas talian. Webinar menggantikan
konferensi, persidangan, kursus, taklimat, syarahan dan bengkel
secara bersemuka. Webinar untuk menyampaikan mesej zakat
turut menjadi satu medium yang popular kerana orang ramai dapat
mengikutinya di mana sahaja. Konsep webinar sangat bagus kerana
menjimatkan banyak kos bukan saja dari segi kewangan, bahkan,
masa, tenaga dan ruang. Webinar dijalankan PPZ-MAIWP boleh
dirakam dan boleh diulang tayang turut memberi kesan baik
kepada masyarakat.
iv. Pemasaran Digital Bersasar. PPZ-MAIWP memanfaatkan data
pembayar dalam platform digital sebagai panduan (insight) untuk
membantu aktiviti pemasaran. Melaluinya, segmentasi tingkah laku
pembayar kepada 3 kategori iaitu pembayar ulangan, baru, dan
tidak mengulang. Seterusnya, aktiviti dakwah zakat menerusi emel
215