Page 267 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 267

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            kerajaan  negeri  bagi  menyusun  pembangunan  asnaf  dari  segi
            ekonomi, pendidikan, kebajikan dan sosial? Berdasarkan persoalan-
            persoalan tersebut, maka penulisan ini ditumpukan untuk mengenal
            pasti dan menganalisis ekonomi politik ZPP dari sudut tadbir urus
            kutipan  dan  agihan  zakat.  Dengan  menggunakan  dua  kaedah
            pengumpulan  data  iaitu  kaedah  temu  bual  dan  kaedah  kajian
            dokumen,  data-data  dikumpul  sehingga  boleh  dianalisis  untuk
            mendapatkan  empat  rumusan.  Pertama,  penubuhan  ZPP  adalah
            sebuah  strategi  ekonomi  politik  bagi  mengukuhkan  tadbir  urus
            kutipan  dan  agihan  zakat  di  Pulau  Pinang.  Kedua,  berasaskan
            peningkatan kutipan dan agihan setiap tahun, ia menunjukkan ZPP
            sebagai sebuah institusi korporat berjaya menguruskan kutipan dan
            agihan zakat dengan baik. Ketiga, keyakinan muzakki terhadap ZPP
            terus  meningkat  dengan  keyakinan  dari  sudut  program-program
            asnaf  di  Pulau  Pinang  yang  dianjurkan  meliputi  pendidikan,
            kemahiran,  kebajikan,  kesihatan  dan  sosial.  Keempat,  hubungan
            ekonomi politik ZPP dengan MAINPP, EXCO kerajaan negeri dan
            YDPA dapat dijaga dengan baik.

            Kata kunci: Tadbir Urus, Ekonomi Politik ZPP, Institusi Zakat Di
            Pulau Pinang, Asnaf

            PENDAHULUAN
            Ilmu  ekonomi  politik  dibincangkan  dari  aspek  hubungan  antara
            ekonomi dengan politik. Perkara ini seperti dijelaskan oleh Devas
            (2009)  bahawa  ekonomi  politik  didefinisikan  sebagai  hubungan
            antara  ekonomi  dengan  politik  dalam  memastikan  pentadbiran
            ekonomi  negara  dibangun  dengan  baik.  Lebih  mengukuhkan
            definisi  tersebut  apabila  Mohd  Syakir  Mohd  Rosdi  (2012)  pula
            mendefinisikan ekonomi politik sebagai menganalisis ekonomi dan
            politik untuk melihat interaksi antara ekonomi dengan pemerintah
            bagi  memastikan  kekayaan  negara  dapat  dipertingkatkan  sebagai
            memenuhi kehendak sosial. Ia mencakupi bidang sains politik, ilmu
            sosial, budaya, hukum dan psikologi.
               Ekonomi politik sesuai diteliti dalam institusi zakat kerana urus
            tadbir zakat itu sendiri melibatkan pentadbir yang dilihat dari aspek



                                                                          259

                                           260
   262   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272