Page 268 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 268
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
politik. Manakala bagi urusan ekonominya pula ia melihat kepada
zakat itu sendiri yang melibatkan kewangan. Menurut Mujaini
Tarimin (2009), institusi zakat merupakan institusi yang dilantik
oleh kerajaan yang memerintah dan bertanggungjawab mengutip
dan mengagihkan dana zakat kepada asnaf yang telah ditentukan
dalam al-Qur’an, Hadith dan ijtihad ulama. Hal yang sama turut
disebut oleh Shofian Ahmad dan Luqman Mahadi (2013) yang juga
menjelaskan bahawa institusi zakat adalah wakil pemerintah untuk
menguruskan segala urusan mengumpul dan mengagihkan zakat
kepada asnaf.
Di Malaysia, urusan zakat bagi negeri-negeri yang mempunyai
sultan diuruskan sendiri oleh Baginda. Wakil Baginda dalam
pengurusan dan pentadbiran institusi zakat ini diturunkan kepada
MAIN. Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan, kuasa
pengurusan zakat adalah di bawah YDPA. Kaedahnya sama iaitu
YDPA mewakilkan kepada MAIN untuk menguruskan hal ehwal
zakat. Istimewanya lagi, terdapat MAIN menubuhkan anak
syarikatnya sendiri yang berasaskan pengkorporatan termasuklah
Pulau Pinang kepada anak syarikat Majlis Agama Islam Negeri
Pulau Pinang (MAINPP) iaitu Zakat Pulau Pinang (ZPP). Tumpuan
penulisan ini adalah menarik untuk melihat ekonomi politik dan
tadbir urus zakat di Pulau Pinang disebabkan ZPP memerlukan
keprofesionalan yang agak unik dalam pengurusannya kerana
pengurusan dan pentadbiran pada peringkat kerajaan negeri Pulau
Pinang adalah diketuai oleh orang bukan Islam. Secara ekonomi
politiknya, tadbir urus kutipan dan agihan di Pulau Pinang menjadi
berbeza dengan negeri-negeri yang lain. Perbincangannya meliputi
tiga bahagian. Pertama, latar belakang tadbir urus kutipan dan
agihan zakat di Pulau Pinang. Kedua, hubungan ZPP dengan
kerajaan negeri dari aspek ekonomi politik kutipan dan agihan zakat
di Pulau Pinang. Ketiga, ekonomi politik ZPP dari aspek tadbir urus
agihan dan bantuan zakat di Pulau Pinang.
260
261