Page 266 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 266

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

                                        BAB 13:
            EKONOMI POLITIK DAN TADBIR URUS ZAKAT PULAU
             PINANG: TUMPUAN KHUSUS KUTIPAN DAN AGIHAN

                              MOHD SYAKIR MOHD ROSDI
                                  Universiti Sains Malaysia
                           Emel: mohdsyakirmohdrosdi@gmail.com

                     MOHAMMAD NAJWA MOHAMED HASBULLAH
                                  Politeknik Seberang Perai
                               Emel: mohdnajwa16@gmail.com

                                      ABSTRAK
            Institusi  zakat  merupakan  sebuah  badan  pengurus  zakat  yang
            dilantik  oleh  pemerintah  bertujuan  mentadbir  urus  kutipan  dan
            agihan zakat serta segala yang berkaitan dengan asnaf. Di Malaysia,
            pengurusan  zakat  adalah  terletak  di  bawah  bidang  kuasa  dan
            tanggungjawab Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan atau Raja.
            Kuasa ini diturunkan kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)
            sebagai wakil untuk menguruskan dan mentadbir urusan zakat di
            negeri masing-masing. Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai
            sultan atau raja seperti Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang,
            pengurusan  zakatnya  adalah  terletak  di  bawah  bidang  kuasa  dan
            tanggungjawab  Seri  Paduka  Baginda  Yang  Di-Pertuan  Agong
            (YDPA).  Kuasa  menguruskannya  diturunkan  kepada  MAIN.
            Dengan  kuasa  yang  ada,  MAIN  menubuhkan  anak  syarikatnya
            sebagai wakil untuk melancarkan pengurusan zakat negeri secara
            pengkorporatan. Sebagai contoh, di Pulau Pinang ditubuhkan Zakat
            Pulau Pinang (ZPP) sebagai institusi zakat korporat yang menjadi
            wakil menguruskan dan mentadbir urusan zakat negeri. Daripada
            kesemua negeri, Pulau Pinang mempunyai keunikannya tersendiri
            kerana pentadbiran kerajaan negerinya diketuai oleh orang bukan
            Islam.  Walaupun  kuasa  penuh  pengurusan  zakat  negeri  Pulau
            Pinang dimiliki oleh YDPA, namun adakah kerajaan negeri Pulau
            Pinang  juga  berperanan  menentukan  hala  tuju  tadbir  urus  ZPP?
            Secara  ekonomi  politik,  bagaimana  ZPP  mengimbangkan
            tanggungjawabnya  dengan  YDPA  dan  hubungannya  dengan



                                                                          258

                                           259
                                           259
   261   262   263   264   265   266   267   268   269   270   271