Page 261 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 261

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

                    Pengunaan dana zakat untuk wabak Covid-19 perlu diaudit
              4.    dan  dipantau  bagi  memastikan  ia  menepati  pensyariatan
                    zakat.
                    Pemberian  dana  zakat  terus  oleh  individu  kepada  mereka
              5.    yang terjejas disebabkan wabak Covid-19 perlu dikaji oleh
                    institusi zakat.
                    Mana-mana syarikat korporat yang ingin membayar zakat
              6.    terus  kepada  mereka  yang  memerlukan  perlu  mendapat
                    nasihat daripada institusi zakat.
                    Skim-skim baharu yang disediakan oleh insitusi zakat perlu
              7.    termasuk dalam definisi dan konsep lapan golongan asnaf
                    yang telah ditetapkan.

            PENUTUP
            Amalan  pengurusan  pengagihan  zakat  di  Malaysia  semakin
            berkembang dari sudut skop pengagihannya yang semakin meluas
            berdasarkan  ijtihad-ijtihad  yang  dilakukan  oleh  pihak  berautoriti.
            Perkara ini dapat dilihat dengan kewujudan wabak pandemik Covid-
            19 yang melanda dunia sehingga mengakibatkan hal-hal berkaitan
            kesihatan,  pendidikan  serta  ekonomi  negara  terjejas.  Wabak
            pandemik  Covid-19  yang  menggusarkan  ramai  pihak  ekoran
            sifatnya yang menular melalui sentuhan telah mengakibatkan jutaan
            kematian  dicatatkan.  Bagi  meringankan  beban  yang  ditanggung
            ramai  pihak,  institusi  zakat  telah  memperkenalkan  pelbagai  skim
            bantuan  yang  baharu  dan  agak  berbeza  daripada  amalan  agihan
            zakat sebelum ini. Hal ini telah mencorak dimensi baharu dalam
            pengurusan pengagihan zakat di Malaysia. Namun, setiap agihan
            perlulah  didasari  dengan  sandaran  yang  betul  dan  jelas  agar
            pensyariatan zakat sentiasa dijunjung. Justeru, satu garis panduan
            telah  dicadangkan  yang  boleh  dijadikan  rujukan  kepada  semua
            pihak  dalam  menghadapi  sebarang  bencana  wabak  penyakit
            berjangkit  pada  masa  akan  datang.  Ucapan  tahniah  dan  setinggi-
            tinggi  penghargaan  kepada  institusi  zakat  kerana  telah  berjaya
            menjalankan  amanah  kerajaan  dan  pembayar  zakat  dalam
            mengagihkan dana zakat secara telus, berkesan dan tepat pada masa


                                                                          253


                                           254
   256   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266