Page 259 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 259

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            lain-lain. Sebagai contoh, Misi Musa’adah Covid-19 yang diketuai
            oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku Menteri di
            Jabatan   Perdana    Menteri    (Hal    Ehwal    Agama)     telah
            memperuntukkan sebanyak RM 3.27 juta untuk disalurkan kepada
            tujuh buah hospital di Wilayah Persekutuan. Bentuk bantuan yang
            diberikan  adalah  merangkumi  peralatan  pernafasan.  Contohnya
            seperti  BIPAP  Machine  (ICU)  bernilai  RM80,000  setiap  satu,
            ventilator  ICU  bernilai  RM150,000  setiap  satu,  home  ventilator
            bernilai  RM90,000  setiap  satu  dan  peralatan-peralatan  lain  yang
            bernilai  antara  RM5,000  hingga  RM20,000  setiap  satu
            (BERNAMA, 2020).
               Bukan itu sahaja, antara dimensi baharu dalam agihan zakat juga
            dapat  dilihat  apabila  LZS,  MAIWP,  MAINS,  MAIM,  MUIP,
            MAIPk, MAIK, MAIDAM dan MUIS melancarkan bantuan berupa
            pemberian  makanan  kepada  petugas  hadapan  seperti  kakitangan
            hospital, pihak polis dan tentera dalam usaha meringankan beban
            memerangi  wabak  Covid-19.  Sebagai  contoh,  MAIWP  telah
            memperuntukkan sebanyak RM49,000 untuk menyediakan bantuan
            makanan harian sepanjang PKP kepada petugas hadapan di hospital,
            pelajar  serta  penghuni  institusi  perlindungan.  Bukan  itu  sahaja,
            pusat  khas  gelandangan  turut  mendapat  insiatif  bantuan  yang
            disalurkan oleh MAIWP berjumlah RM15,000 bagi membeli 100
            set bantal dan tilam (MAIWP, 2020).
               Antara yang menarik perhatian penulis apabila wujud inisiatif
            bantuan  seperti  bantuan  kepada  pusat  kuarantin  yang  disediakan
            oleh  negeri  Melaka  melalui  MAIM.  Peruntukan  yang  diberikan
            sebanyak  RM5,000  oleh  MAIM  dengan  pembelian  barangan
            makanan  kering  serta  bekas  meletak  makanan  kepada  pusat
            kuarantin yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Perkara ini
            sangat  memberi  impak  yang  positif  terhadap  penghuni  pusat
            kuarantin  di  Melaka  untuk  memberi  semangat  kepada  penghuni
            pusat kuarantin agar sama-sama memutuskan rantaian wabak ini.
               Semasa  Perintah  Kawalan  Pergerakan,  masyarakat  Malaysia
            tidak  dapat  untuk  menunaikan  ibadah  di  masjid  mahupun  surau
            seperti kebiasaan. Langkah ini diambil dengan mengambil kira sifat
            wabak  Covid-19  yang  berjangkit  melalui  sentuhan  yang


                                                                          251


                                           252
   254   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264