Page 254 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 254
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
mengikut pemerintahan negeri-negeri.Penggubalan enakmen
baharu di kebanyakan negeri-negeri Melayu ini telah membuka
ruang kepada penguatkuasaan ibadah zakat di Tanah Melayu.
Berdasarkan penguatkuasaan yang dilakukan, para amil yang terdiri
daripada guru-guru agama, imam kampung, kadi dan golongan haji
telah dilantik. Tugas mereka adalah untuk mengutip wang zakat
sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri sebagai sumber
kewangan Islam. Walaupun terdapat enakmen dan perundangan
khas yang diwujudkan bagi pengurusan zakat, namun begitu kutipan
yang dilakukan adalah tidak menyeluruh dan hanya tertumpu
kepada dua jenis zakat sahaja iaitu zakat fitrah dan zakat padi. Ini
mengakibatkan amalan agihan zakat tidak mampu diberikan secara
menyeluruh terhadap golongan yang layak.
Adapupun selepas kemerdekaan, negeri-negeri di semenanjung
Tanah Melayu masih menggunakan konsep pengurusan zakat yang
sama selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Hal ehwal
zakat merupakan salah satu perkara dalam pengurusan agama Islam
yang masih kekal di bawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri
(MAIN) dan diurus secara berasingan mengikut pemerintahan
negeri. Ini adalah sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam
Perlembagaan Malaysia bahawa semua perkara berkaitan hal ehwal
Islam dan adat istiadat Melayu terletak di bawah bidang kuasa
pengurusan negeri yang diketuai oleh sultan atau ketua negeri
(Hamizul, 2012).
Walaupun MAIN selaku badan yang dipertanggungjawabkan
bagi menguruskan hal ehwal agihan zakat di negeri masing-masing.
Perubahan telah banyak berlaku terutama dari segi penambahbaikan
dalam pengurusan zakat dari semasa ke semasa, namun kutipan
zakat di Malaysia masih belum menunjukkan sebarang peningkatan
yang memberangsangkan. Selain itu agihan yang dilakukan juga
masih tidak menyeluruh disebabkan oleh kutipan zakat yang lebih
tertumpu kepada beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah dan zakat
padi, sementara jenis zakat lain iaitu zakat emas dan zakat ternakan
yang wajib dibayar kurang diberikan perhatian (Hamizul, 2012).
Pengurusan zakat di Malaysia telah berkembang selari dengan
perkembangan ekonomi umat Islam di Malaysia. Ia telah
246
247