Page 252 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 252

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            telah berjaya mendokong pensyariatan agama melalui pelaksanaan
            agihan-agihan  mahupun  skim-skim  bantuan  yang  telah  diberikan
            kepada golongan asnaf.
               Sungguhpun  begitu,  berikutan  timbulnya  pandemik  penyakit
            berjangkit  seperti  Covid-19,  realiti  agihan  zakat  dilihat  telah
            membentuk  dimensi  baharu  dalam  konteks  pengagihan  zakat  di
            Malaysia.  Menurut  kamus  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka  Edisi
            Keempat  (2014),  dimensi  membawa  maksud  membina  suatu
            perkara yang baharu supaya kecemerlangan itu menjadi suatu yang
            hakiki  dan  abadi.  Dimensi  yang  dimaksudkan  dalam  konteks
            pengagihan zakat adalah bagaimana corak pengagihan zakat melalui
            skim-skim atau bentuk bantuan baharu yang diperkenalkan institusi
            zakat sejak kemunculan wabak Covid-19 membentuk dimensi atau
            suatu  pencapaian  yang  memberangsangkan  dalam  membantu
            masyarakat secara holistik.
               Dimensi  baharu  dalam  sistem  pengurusan  pengagihan  zakat
            ketika wabak Covid-19 dilihat sebagai satu fasa baharu yang telah
            menggerakkan institusi zakat pada tahap yang lebih terkehadapan
            dalam  menggunakan  dana  zakat  secara  teliti  dan  berkebajikan.
            Agihan-agihan  bantuan  zakat  seperti  yang  dilaksanakan  sewaktu
            wabak  juga  mendidik  semua  pihak  untuk  mempunyai  sifat
            tanggungjawab menunaikan zakat bagi menjaga kebajikan seluruh
            anggota masyarakat dan umat terutama apabila berlakunya bencana.
            Justeru  itu,  apa-apa  usaha  pemberdayaan  dalam  membantu
            golongan  yang  terkesan  ketika  musibah  seperti  dimensi  baharu
            dalam  pengurusan  pengagihan  zakat  ketika  pandemik  Covid-19
            haruslah didokong dalam usaha sama menghadapi cabaran-cabaran
            yang mendatang.

            AMALAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA
            Amalan pengagihan zakat yang dilakukan institusi zakat kelihatan
            semakin berkembang dan progresif bermula dari awal agihan zakat
            dilaksanakan    sehingga   kini.   Menurut     Mujaini    (2011),
            perkembangan amalan pengagihan zakat di Malaysia dibahagikan
            kepada beberapa peringkat iaitu perlaksanaan ibadah zakat sebelum
            kedatangan  Inggeris,  sewaktu  pemerintahan  Inggeris  dan  selepas


                                                                          244


                                           245
   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257