Page 253 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 253

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Ros Mawati
            et al, (2014) menjelaskan bahawa amalan pengagihan zakat sewaktu
            zaman  penjajah  bermula  apabila  wujudnya  perundangan  zakat  di
            Semenanjung  Tanah  Melayu  melalui  peruntukan  yang  disebut  di
            dalam Undang-undang Kedah Bab dua, Fasal tiga yang menyatakan
            bahawa.

               “Barang  siapa  yang  berbuat  bendang  atau  huma,  maka
               hendaklah  kerasi  suroh  keluarkan  zakat;  seperti  benar
               hisab-nya yang di-perolehnya itu, suroh keluarkan sapuloh
               mas zakat-nya itu. Apabila tidak mahu mereka itu seperti
               hisab  itu,  maka  hendaklah  kweng  kerasi  keluar  zakat  itu,
               menurut saperti hukum Allah Taala.”

               Walaupun terdapat amalan dan perundangan yang menegaskan
            kewajipan mengeluarkan zakat dalam kalangan masyarakat Islam di
            Semenanjung  Tanah  Melayu,  namun  begitu  pelaksanaannya
            dilakukan secara tradisional di mana agihan zakat diberikan secara
            langsung kepada golongan yang layak menerimanya tanpa sebarang
            sistem pengurusan atau pentadbiran yang spesifik ketika itu.
               Menurut  Aidit  Ghazali  (1988),  sebelum  kedatangan  Inggeris,
            zakat  kebiasaannya  diagihkan  kepada  golongan  asnaf  melalui
            kutipan  yang  dilakukan  oleh  imam  atau  guru-guru  agama  yang
            bertindak sebagai amil. Peranan yang diberikan kepada para imam
            dan guru-guru agama ini adalah berdasarkan ilmu pengetahuan dan
            kewibawaan  yang  dimiliki  oleh  mereka  yang  membuatkan
            masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Melayu percaya bahawa
            mereka merupakan golongan yang paling layak untuk mengutip dan
            mengagihkan wang zakat. Namun, amalan sistem agihan yang tidak
            menyeluruh pada zaman tersebut kurang memberi faedah kepada
            lapan golongan asnaf yang telah ditentukan, seperti golongan fakir
            dan  miskin  yang  mana  ianya  merupakan  tujuan  asal  zakat
            diwajibkan kepada umat Islam (Abdul Aziz, 1957).
               Pada  awal  pemerintahan  Inggeris,  menurut  Hamizul  Abdul
            Hamid  (2012),  beberapa  enakmen  atau  undang-undang  berkaitan
            hal-hal lain di dalam agama Islam telah digubal secara berasingan


                                                                          245


                                           246
   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258