Page 251 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 251
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
berjangkit perlu dibangunkan agar segala agihan yang dilakukan
menepati syarak. Diharapkan kajian ini dapat memberikan panduan
dan rujukan kepada institusi zakat mahupun organisasi tertentu
dalam menguruskan hal ehwal berkaitan zakat. Kajian lanjutan
berkaitan garis panduan pengagihan zakat wabak pandemik perlu
dijalankan sebagai persediaan pada masa akan datang.
Kata kunci: Dimensi Baharu, Pengurusan, Agihan, Zakat
PENDAHULUAN
Zakat merupakan satu komponen ekonomi yang memainkan
peranan besar dalam meningkatkan sosio-ekonomi umat Islam
ketika pada zaman Rasulullah SAW. Ia perlu diurus secara
professional dan efektif selaras dengan peranan dan fungsinya yang
dapat memberi impak positif kepada pembangunan umat Islam
khususnya golongan asnaf. Zakat perlu diagihkan kepada asnaf
lapan iaitu seperti fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fi
sabilillah dan ibnussabil selaras dengan tuntutan pensyariatan zakat
seperti dijelaskan dalam al-Quran melalui ayat:
Maksudnya: “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah
untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-
pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk
memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk
jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam
perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan
Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Quran, At-Taubah 9:60)
Zakat sebagai salah satu ibadah wajib turut menekankan tentang
kepentingan agihan zakat dalam usaha mengurangkan perbezaan
taraf hidup dalam masyarakat. Agihan zakat yang mantap dapat
membantu meringankan bebanan yang ditanggung asnaf serta
mengurangkan kadar kemiskinan negara. Amalan kaedah
pengagihan zakat di Malaysia dulu dan kini masih dalam ruang
lingkup asnaf lapan. Perkara ini jelas menunjukkan institusi zakat
243
244