Page 250 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 250
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
BAB 12:
DIMENSI BAHARU DALAM PENGURUSAN AGIHAN
ZAKAT DI MALAYSIA
AZMAN AB RAHMAN
Universiti Sains Islam Malaysia.
Emel: azman@usim.edu.my
AFAF SUKARI
Universiti Sains Islam Malaysia
Emel: afafsukari97@gmail.com
ABSTRAK
Amalan agihan zakat di Malaysia melalui kutipan yang
dilaksanakan institusi zakat telah menunjukkan kecaknaan pihak
institusi zakat dalam membantu golongan yang memerlukan
termasuk asnaf. Pada awalnya agihan zakat dilaksanakan melalui
bayaran yang dibuat oleh golongan kaya akan diagihkan kepada
golongan asnaf lapan. Kebiasaan agihan zakat yang dilakukan oleh
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) adalah tertakluk kepada asnaf
yang telah ditetapkan dalam al-Quran. Namun, apabila wujud
bencana seperti yang berlaku ketika ini khususnya pandemik
penyakit berjangkit Covid-19, corak agihan zakat dan skim bantuan
dilihat semakin dinamik yang memerlukan kepada perbincangan
secara teliti dan garis panduan yang boleh menjadi panduan kepada
pihak berautoriti. Justeru, artikel ini bertujuan untuk
membincangkan amalan pengurusan pengagihan zakat yang
dilaksanakan di Malaysia. Kajian ini juga akan memfokuskan
kepada dimensi baharu agihan zakat termasuk skim dan inisiatif
yang diperkenalkan oleh MAIN dalam mendepani wabak ini. Kajian
kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian
dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa
pengurusan agihan zakat di Malaysia dilihat lebih dinamik dengan
wujudnya pelbagai skim dan inisiatif baharu seperti skim bantuan
kepada hospital untuk pembelian peralatan hospital, makanan
kepada petugas dan lain-lain. Kajian juga mencadangkan bahawa
satu garis panduan khusus inisiatif bantuan wabak penyakit
242
243
243