Page 255 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 255

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            dikemaskini  dengan  sistem  pengurusan  yang  lebih  sistematik
            selepas tahun 1990-an demi kepentingan umat Islam di Malaysia.
            Walaupun  hal  ehwal  zakat  masih  terletak  di  bawah  pengurusan
            MAIN seperti zaman sebelum merdeka, namun pelbagai langkah
            kemajuan telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan yang telah
            membawa  masyarakat  celik  akan  kepentingan  zakat.  Amalan
            pengagihan zakat pada masa kini juga dilihat rancak berlaku ekoran
            daripada  wabak  pandemik  Covid-19.  Ini  kerana  wabak  ini  telah
            memberi  kesan  kepada  bukan  sahaja  golongan  asnaf,  bahkan
            melibatkan  ramai  pihak  yang  terkesan  seperti  para  peniaga,
            golongan B40 termasuk pihak hospital dan petugas barisan hadapan
            dalam usaha memerangi Covid-19. Justeru itu, amalan agihan zakat
            pada  masa  kini  telah  membuka  dimensi  baharu  dalam  lembaran
            pengurusan  pengagihan  zakat  oleh  institusi  zakat  di  Malaysia
            melalui  inisiatif-inisiatif  yang  ditawarkan  kepada  asnaf  mahupun
            golongan yang terkesan ketika wabak ini berlaku.

            PENGAGIHAN  ZAKAT  DALAM  KONTEKS  DIMENSI
            BARU
            Zakat merupakan ibadat yang wajib ditunaikan bagi seluruh umat
            Islam  yang  cukup  syarat.  Ia  mampu  membantu  golongan  asnaf
            untuk meneruskan kehidupan terutama ketika berdepan situasi getir
            contohnya  seperti  wabak  Covid-19.  Virus  Covid-19  telah
            menjejaskan  banyak  perkara  termasuk  dari  aspek  kesihatan,
            pendidikan dan ekonomi negara. Golongan asnaf adalah antara yang
            terkesan  dengan  wabak  ini  kerana  Perintah  Kawalan  Pergerakan
            (PKP)  yang  dikuatkuasakan  oleh  pihak  kerajaan  membataskan
            mereka  untuk  mencari  rezeki  bagi  menyara  keluarga  mereka.
            Namun, kesan wabak ini bukan hanya dirasai golongan asnaf, ianya
            turut  sama  menjejaskan  pelbagai  lapisan  masyarakat  termasuk
            golongan M40 dan T20.
               Wabak  Covid-19  yang  muncul  secara  tiba-tiba  ini  telah
            memberikan  kesan  kepada  semua  pihak  termasuk  KKM  serta
            petugas barisan hadapan. Hal ini membimbangkan kerana alatan-
            alatan rawatan pesakit sedia ada seperti alatan bantuan pernafasan
            tidak  mampu  untuk  menampung  jumlah  pesakit  Covid-19  yang


                                                                          247


                                           248
   250   251   252   253   254   255   256   257   258   259   260