Page 260 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 260

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            membahayakan masyarakat awam. Inisiatif baharu yang dilakukan
            MAINS,  MAINPP  dan  MUIS  dengan  memberi  bantuan  kepada
            masjid dan surau bagi tujuan pembersihan seperti nyahkuman amat
            membantu pihak jawatankuasa masjid dan surau untuk memastikan
            kawasan  beribadah  berada  dalam  keadaan  bebas  virus  Covid-19.
            Hal  ini  seperti  yang  dilakukan  oleh  Majlis  Ugama  Islam  Negeri
            Sabah  (MUIS)  melalui  Bahagian  Zakat  &  Fitrah  Majlis  Ugama
            Islam Negeri Sabah (BZF MUIS) dengan membelanjakan RM7 juta
            peruntukan zakat kepada mereka yang memerlukan terutama ketika
            PKP ini dikuatkuasakan. Berdasarkan peruntukan ini, terdapat 10
            jenis  bantuan  khas  Covid-19  telah  disediakan  BZF  MUIS
            termasuklah bantuan khas pembersihan masjid dan surau (MUIS,
            2020). Bantuan ini telah diberikan kepada setiap masjid dan surau
            di  seluruh  negeri  Sabah  untuk  tujuan  pembersihan  kuman  akibat
            wabak  Covid-19.  Jumlah  bantuan  yang  diperuntukkan  adalah
            sebanyak RM500 bagi setiap masjid dan surau (MUIS,2020).
               Amalan yang dilaksanakan oleh institusi zakat pada masa kini
            jelas  menunjukkan  bahawa  wujudnya  dimensi  baharu  dalaman
            pengurusan  agihan  zakat  di  Malaysia.  Skim  dan  inisiatif  yang
            diperkenalkan  dilihat  menepati  kehendak  syarak  dan  masih  lagi
            dalam  ruang  lingkup  asnaf  (Azman  et  al.,  2020).  Namun,  bagi
            memastikan  perkara  ini  dilaksanakan  dengan  lebih  tersusun  dan
            sistematik  termasuk  menepati  aspek  patuh  syariah,  penulis  ingin
            mencadangan Garis Panduan Khusus Inisiatif Bantuan Zakat Wabak
            Penyakit seperti jadual 2 berikut:

             Jadual 2: Garis Panduan Khusus Inisiatif Bantuan Zakat Wabak
                                        Penyakit
            BIL.                           PERKARA
                    Pengunaan dana zakat perlu dalam ruang lingkup asnaf zakat
              1.
                    yang lapan.
              2.    Pengunaan dana zakat perlu menepati hukum syarak.
                    Segala hukum dan ijtihad baharu berkaitan penggunaan dana
              3.    untuk wabak Covid-19 perlu mendapatkan pandangan dan
                    kelulusan Jabatan Mufti setiap negeri dan pihak berwajib.



                                                                          252


                                           253
   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264   265