Page 256 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 256

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            semakin  meningkat  setiap  hari.  Katil  pesakit  yang  ada  di  Unit
            Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital juga tidak mencukupi (M
            Star, 2020). Petugas barisan hadapan seperti doktor, pegawai polis,
            tentera  dan  lain-lain  juga  menunjukkan  kerisauan  apabila  sut
            Kelengkapan  Perlindungan  Diri  (KPD)  atau  Personal  Protective
            Equipment (PPE) yang digunakan untuk melindungi diri daripada
            titisan batuk, bersin atau cecair badan lain daripada pesakit yang
            dijangkiti dan permukaan yang tercemar yang mungkin menjangkiti
            mereka mula berkurang (Verbeek JH et. al, 2020).
               Ekoran  daripada  situasi  yang  merunsingkan  ini,  ramai  pihak
            tampil  memberikan  pelbagai  bentuk  bantuan  untuk  membantu
            memerangi  Covid-19.  Institusi  zakat  juga  antara  institusi  yang
            paling menonjol bagi menyalurkan bantuan semasa wabak melalui
            insiatif  bantuan  baharu  Covid-19.  Meskipun  pengagihan  zakat
            seperti yang dilakukan institusi zakat berbeza daripada kebiasaan
            amalan agihan dilakukan selama ini, masyarakat perlu jelas akan
            pengurusan pengagihan zakat yang dilakukan institusi zakat ketika
            wabak Covid-19 bertepatan dengan kehendak syarak.
               Ini jelas menunjukkan bahawa institusi zakat telah memainkan
            peranan  yang  sangat  penting  dengan  membantu  mereka  yang
            terjejas  melalui  pelbagai  bentuk  inisiatif  bantuan  zakat  Covid-19
            yang telah diagihkan sehingga membentuk dimensi baharu dalam
            corak  pengurusan  pengagihan  zakat  negara.  Berikut  merupakan
            jadual 1 yang menunjukkan inisiatif bantuan baharu zakat Covid-19
            yang dilancarkan oleh MAIN:

             Jadual 1: Inisiatif Bantuan Baharu Covid-19 oleh Institusi Zakat
                             Inisiatif Bantuan
               Institusi       Baharu Zakat              Jenis Bantuan
                Zakat
                                 Covid-19
                                                   - Bantuan Pemberian
              Lembaga                                Makanan Kepada Petugas
           Zakat Selangor      Bantuan Khas          Barisan Hadapan
                                  Covid-19
                (LZS)                              - Bantuan Kepada Hospital
                                                     dan Peralatan Perubatan



                                                                          248


                                           249
   251   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261