Page 165 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 165

156   Surah Hud : Tafsir dan Huraian



               Keterangan Ayat

                 1. Allah SWT menyatakan bahawa para malaikat meminta Nabi
                   Ibrahim a.s agar meninggalkan perdebatan berkenaan azab yang akan
                   menimpa kaum Nabi Lut a.s.
                 2.  Mereka menjelaskan kepada Baginda bahawa perintah azab tersebut
                   adalah merupakan ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah.
                 3. Mereka menegaskan bahawa azab yang akan menimpa kaum Nabi
                   Lut a.s adalah ketetapan yang tidak akan dapat ditolak atau dibantah
                   oleh sesiapa pun.


               Antara Petunjuk Ayat

                 1. Kita tidak dibenarkan untuk mempertikaikan atau berijtihad pada
                   hukuman yang telah diputuskan oleh Allah.
                 2.  Para mujtahid hanya dibenarkan untuk berijtihad di dalam hukum-
                   hakam yang tidak diputuskan secara muktamad.
                 3.  Tiada siapa yang dapat menolak azab yang telah ditetapkan oleh Allah
                   kepada kaum yang kufur.


               Kaedah Beramal

                 1.  Hendaklah kita tidak mempertikaikan atau berijtihad pada hukuman
                   yang telah diputuskan oleh Allah.
                 2.  Hendaklah kita menghormati bidang hukum-hakam yang dibenarkan
                   untuk berijtihad dan bidang yang tidak dibenarkan.
                 3. Hendaklah kita berdoa kepada Allah agar kita digolongkan di
                   kalangan orang yang diselamatkan dari azab Allah.


                      Ya Allah jadikanlah kami di kalangan orang yang
                   beriman, selamatkanlah kami dari azab dan bencana.
                                         Amin.
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170