Page 161 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 161

152   Surah Hud : Tafsir dan Huraian





               Keterangan Ayat

                 1. Allah SWT menyatakan bahawa isteri Nabi Ibrahim a.s di dalam
                   keadaan hairan bertanya bagaimana beliau boleh melahirkan anak
                   ketika usianya yang telah lanjut?

                 2. Para malaikat menjelaskan kepadanya bahawa tidak perlu berasa
                   hairan kerana perkara tersebut adalah ketetapan dan ketentuan Allah.
                 3.  Bahkan Allah SWT mengurniakan rahmat dan berkat kepada mereka.
                   Dialah Tuhan Yang Maha Terpuji, lagi Maha Melimpah Kebaikan dan
                   Kemurahan-Nya. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir
                   dll.)


               Antara Petunjuk Ayat

                 1.  Kuasa Allah di luar jangkauan ilmu manusia.  Kehendak Allah tiada
                   yang mustahil.  Tiada yang perlu dihairankan.
                 2.  Allah SWT boleh mencipta sesuatu tanpa perlu kepada sebab.  Nabi
                   Adam a.s diciptakan tanpa ibu dan bapa.  Nabi Isa a.s diciptakan
                   tanpa bapa.
                 3.  Kita perlu mengucap tasbih dan pujian kepada Allah di atas nikmat
                   dan rahmat yang dikurniakan kepada kita.


               Kaedah Beramal

                 1.  Hendaklah kita kembalikan segala ilmu kepada Allah.  Dialah Tuhan
                   Yang Maha Berkuasa dan Mengetahui segalanya.
                 2. Hendaklah kita ingat kepada Allah jika berlaku perkara yang
                   menghairankan dan pelik.  Sebutlah Subhanallah.  Maha Suci Allah.
                 3.  Hendaklah kita mengucapkan tasbih dan pujian kepada Allah di atas
                   nikmat dan rahmat yang dikurniakan kepada kita.



                     Ya Allah bantulah kami untuk sentiasa bertasbih dan
                    memuji-Mu, limpahkanlah kepada kami kerahmatan
                                dan keberkatan-Mu Amin.
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166