Page 157 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 157
148 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan keadaan Nabi Ibrahim a.s ketika tetamunya
tidak menyentuh makanan yang dihidangkan kepada mereka.
2. Nabi Ibrahim a.s takut dengan keadaan mereka kerana tetamu yang
tidak menjamah makanan dianggap mempunyai niat yang buruk
menurut adat ketika itu.
3. Namun mereka menjelaskan kepada Baginda bahawa mereka
sebenarnya adalah para malaikat yang diutuskan oleh Allah untuk
membinasakan kaum Lut.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Menunggu dan melayan tetamu sehingga mereka menikmati makanan
adalah merupakan akhlak yang mulia.
2. Para malaikat hidup tanpa perlu kepada makanan dan minuman.
Manusia tidak dapat hidup tanpa keduanya.
3. Antara tugas para malaikat adalah untuk membinasakan kaum yang
kufur dan kaum yang melanggar perintah Allah.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita berakhlak mulia ketika melayan tetamu. Menunggu
dan melayan sehingga mereka menikmati makanan.
2. Hendaklah kita beriman kepada malaikat dan sifat mereka yang tidak
memerlukan kepada makanan. Bukan seperti manusia.
3. Hendaklah kita beriman kepada para malaikat yang ditugaskan oleh
Allah dengan tugasan-tugasan yang tertentu.
Ya Allah bantulah kami untuk menjadi orang yang
berakhlak mulia, jadikanlah kami orang yang beriman
kepada para malaikat-Mu. Amin.