Page 155 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 155

146   Surah Hud : Tafsir dan Huraian





               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT menjelaskan kisah para malaikat yang telah datang dalam
                   bentuk manusia dengan membawa berita gembira kepada Nabi
                   Ibrahim a.s.

                 2. Nabi Ibrahim a.s tidak mengenali mereka ketika mereka datang
                   memberi salam kepadanya.  Namun Baginda menjawab salam dengan
                   sebaiknya.
                 3.  Bahkan Baginda dengan segera menyiapkan hidangan seekor lembu
                   yang telah dipanggang untuk tetamunya yang tidak dikenali tersebut.
                   (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)


               Antara Petunjuk Ayat

                 1. Memberi salam adalah satu amalan yang dituntut sama ada salam
                   kepada orang yang kita kenal atau orang yang kita tidak kenal.
                 2.  Menjawab salam adalah wajib sama ada salam itu dari orang yang kita
                   kenal atau orang yang kita tidak kenal.
                 3. Memuliakan tetamu adalah satu tanggungjawab yang perlu kita
                   tunaikan.  Kita tidak boleh membiarkan tetamu tanpa diberikan
                   layanan yang sewajarnya.


               Kaedah Beramal

                 1. Hendaklah kita memberi salam kepada semua kerana salam akan
                   menyuburkan keceriaan dan keharmonian.
                 2.  Hendaklah kita menjawab salam sama ada salam itu dari orang yang
                   kita kenal atau orang yang kita tidak kenal.
                 3.  Hendaklah kita memuliakan tetamu mengikut apa yang kita mampu.
                   Jangan membiarkan tetamu tanpa diberikan layanan yang sewajarnya.



                    Ya Allah jadikanlah kami orang yang mengikut sunnah
                     Para Rasul-Mu, bantulah kami untuk melaksanakan
                           tuntutan memuliakan tetamu.  Amin.
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160