Page 152 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 152
Tema 8 : Penolakan Kaum Thamud Terhadap Dakwah Nabi Soleh AS Serta
Kemusnahan Mereka dan Keselamatan Baginda Bersama Pengikutnya 143
Antara Petunjuk Ayat
1. Kita adalah makhluk yang sangat lemah. Kita boleh mati dan binasa
hanya dengan sebab yang kecil dan remeh.
2. Keangkuhan orang yang menentang agama Allah hanya sekejap dan
sementara. Mereka akan mati dan binasa.
3. Kebinasaan dan kecelakaan yang menimpa golongan yang kufur
adalah kerana mereka ingkar kepada Tuhan mereka.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita sedar kelemahan diri kita. Ingatlah bahawa Allah
SWT adalah Tuhan Yang Maha Kuat dan Berkuasa.
2. Hendaklah kita patuh dan mengikut agama Allah. Jangan jadi orang
yang angkuh dan sombong kepada agama Allah.
3. Hendaklah kita beriman kepada Rasul yang diutuskan oleh Allah.
Jangan jadi orang yang kufur dan ingkar.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman kepada
Rasul-Mu, bantulah kami untuk patuh dan mengikut
agama-Mu. Amin.
Sila tambah
petunjuk-petunjuk
ayat