Page 151 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 151
142 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 67-68
Firman Allah SWT :
َ َ َ َ ۡ َ ْ ُ َ ۡ َ َ ُ َ ۡ ܅ ْ َ َ ܅ َ َ َ
َ
ُ
َ
ٰ
ٰ
نܕݒ٦٧ߡ ِݙ ِܥ ڙ ݗ ِݞ ܱ ژ ِد ِ اݠ ܫ ܞ ܺ ܕ ܟ ܫ ݤ ܻ ڍٱ اݠ ݙ ݖ ݃ ݚ ݣِٕ ٱ ܰ ܭ أو
ِ
َ
َ ُ َ ّ ٗ ۡ ُ َ َ ۡ ُ ܅ َ ْ ُ َ َ ْ َ ُ َ ܅ ٓ َ ٓ َ ْ ۡ َ ۡ َ ۡ ܅
٦٨ دݠݙ ِ ِ اܯ݇٬ ݫڅ ۗݗݟډر اوܱݍٵ ادݠݙٮ نِإ ݫڅ ۗܛݟݤِٳ اݠݜٰ݊ ݗڍ
Ertinya: “Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan
suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat
yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. (Mereka punah-ranah)
seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah. Sesungguhnya
kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah. Sesungguhnya
kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan bahawa kaum Nabi Soleh a.s yang zalim
dibinasakan dengan satu laungan suara sehingga mereka semua mati
tersungkur.
2. Mereka yang kufur dimusnahkan sehingga lenyap seolah-olahnya
mereka tidak pernah hidup dan tidak pernah tinggal di situ.
3. Kaum Thamud dibinasakan kerana mereka kufur dan ingkar kepada
Tuhan mereka. Kecelakaan bagi kaum Thamud. (Rujukan tafsir: At-
Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.