Page 147 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 147

138   Surah Hud : Tafsir dan Huraian




                                        Ayat 65

              Firman Allah SWT :
              ُ ۡ  َ  ٌ ۡ َ  َ َ ٰ  ܅  َ  َ َ َ َ  ۡ  ُ  َ  ْ  ُ ܅ َ  َ  َ  َ َ  َ  ُ َ َ َ
                                     ٰ
               ߄ ٲ   ܯ ݆ و   ݑ ِ ڍ ڝ   ܐ ٖ ܍ ܛ ݣ څ   ܟ ܥ ۈ ܤ   ݗ ٥ ر ا د   ِ ޳   ا ݠ ݇ ܢ ݙ ٭   ل ܛ ݐ ٳ   ܛ ݞ و ܱ ݐ ݇ ٳ
                                            ِ
                                                                    ُ ۡ  َ
                                                              ٦٥ ب و ܰ ݓ ݘ
                                                                 ٖ

              Ertinya: “Mereka kemudiannya menyembelih unta itu, lalu berkatalah Nabi
              Soleh kepada mereka: Bersenang-senanglah kamu di tempat masing-masing
              selama tiga hari; tempoh yang demikian itu, ialah suatu janji yang tidak
              dapat didustakan”.




               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT menyatakan bahawa kaum Nabi Soleh a.s telah melanggar
                   perintah Allah. Mereka membunuh unta yang dibawakan khas kepada
                   mereka.
                 2.  Nabi Soleh a.s menjelaskan bahawa azab untuk mereka ditangguhkan
                   selama tiga hari sahaja untuk mereka hidup di kawasan tempat tinggal
                   mereka.
                 3.  Setelah tamat tempoh itu mereka semua akan dibinasakan. Azab yang
                   akan menimpa mereka setelah tempoh tersebut adalah janji yang
                   benar.
                     Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


               Antara Petunjuk Ayat

                 1. Orang yang berani melanggar perintah Allah adalah orang yang
                   derhaka. Orang yang beriman tidak berani melanggar perintah Allah.
                 2.  Orang yang beriman perlu merebut peluang hidup setiap hari untuk
                   bertaubat sebelum ditimpa ujian atau azab.

                 3. Janji azab kepada orang yang kufur dan derhaka adalah janji yang
                   benar. Bukan janji yang dusta.
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152