Page 142 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 142
Tema 8 : Penolakan Kaum Thamud Terhadap Dakwah Nabi Soleh AS Serta
Kemusnahan Mereka dan Keselamatan Baginda Bersama Pengikutnya 133
Antara Petunjuk Ayat
1. Golongan yang kufur telah wujud sejak zaman berzaman. Mereka
menolak seruan Para Rasul yang menyeru mereka kepada tauhid.
2. Sebahagian golongan yang kufur mengetahui kedudukan dan
kebenaran Para Rasul yang telah diutuskan kepada mereka.
3. Mereka menolak kebenaran kerana mengikut kehendak diri sendiri
dan keluarga. Mereka hanya mengikut sangkaan yang ragu-ragu.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita menjadi golongan beriman yang menyahut seruan
Rasul Allah. Jangan jadi golongan yang kufur.
2. Hendaklah kita beriman kepada kebenaran yang dibawa oleh Para
Rasul. Jangan ragu-ragu dengan kebenaran mereka.
3. Hendaklah kita mengikut kebenaran yang dibawa oleh Para Rasul.
Jangan hanya mengikut kehendak diri sendiri dan keluarga.
Ya Allah jadikanlah kami golongan yang mengikut
Rasul-Mu, jauhkanlah kami dari sifat orang yang kufur.
Amin.
Sila tambah
petunjuk-petunjuk
ayat