Page 141 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 141
132 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 62
Firman Allah SWT :
َ ٓ َ َ ۡ َ َ ٓ َ َ َ َ ۡ ٗ ُ ۡ َ َ ُ ۡ َ َ َ ْ ُ َ
ُ
َ
ّ
ٰ
ٰ ٰ
ٰ
ن أ ܛ ݜ ݱ ݟ ݜ ٭ څ ۖ ܕ ܰ ڮ ݔ ܞ ٴ ݠ ܧ ܱ ڎ ܛ ݜ ݤ ِ ٳ ܠ ݜ ݒ ܯ ݏ ܩ ِ ݖ ڿ ژ ا ݠ ڍ ܛ ݏ
َ ٓ َ َ ُ ٓ
ۡ َ ُ ۡ َ ܅ ّ ّ َ َ ܅ َ َ ُ ُ ۡ َ َ َ ُ ۡ ܅
ِ ݝ ْ ِ إ ܛ ݛ ݠ ݆ ܯ ܡ ܛ ݙ ِ ڎ ٖݑ ܷ ݕ ܛ ݜ ٯ ܳ ܛ ݛ ؤ ܛ ܝ ا ء ܯ ܞ ݇ ٰ ܛ ݘ ܯ ܞ ݇ ٯ
ِ
ُ
٦٢ ܜڊܱڎ
ٖ ِ
Ertinya: “Mereka menjawab dengan berkata: “Wahai Soleh, sesungguhnya
engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk
memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah
apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya
kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang
engkau serukan kami kepadanya”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan reaksi kaum Thamud setelah Nabi Soleh a.s
menyeru mereka kepada tauhid dan menolak kesyirikan mereka.
2. Mereka sedia maklum kedudukan mulia Nabi Soleh a.s sebelum
Baginda dilantik menjadi Rasul. Namun mereka tetap menolak
seruan Baginda.
3. Mereka enggan beriman kerana tidak mahu meninggalkan kesyirikan
dan agama datuk moyang mereka. Mereka hanya mengikut sangkaan
yang ragu-ragu.
(Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)