Page 144 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 144
Tema 8 : Penolakan Kaum Thamud Terhadap Dakwah Nabi Soleh AS Serta
Kemusnahan Mereka dan Keselamatan Baginda Bersama Pengikutnya 135
Antara Petunjuk Ayat
1. Orang yang beriman perlu menjawab tuduhan golongan yang kufur
dengan penuh keimanan dan keyakinan kepada Allah.
2. Orang yang beriman tidak derhaka kepada Allah kerana mengikut
kehendak manusia. Tidak akan melanggar perintah Allah.
3. Tiada siapa yang dapat menyelamatkan kita dari azab Allah jika kita
derhaka kepada Allah. Bahkan hanya kita yang akan rugi.
Kaedah Beramal
1. Hanya dengan keyakinan dan keimanan penuh kepada Allah mampu
membantu kita menjawab tuduhan golongan yang kufur.
2. Jangan derhaka kepada Allah kerana menurut kehendak manusia
dengan melanggar perintah Allah.
3. Hendaklah kita ingat bahawa tiada siapa yang dapat menyelamatkan
kita dari azab Allah jika kita derhaka kepada Allah.
Ya Allah bantulah kami untuk mengikut semua
perintah-Mu dan menjauhi segala larangan-Mu,
jauhkanlah kami dari sifat orang yang derhaka. Amin
Sila tambah
petunjuk-petunjuk
ayat