Page 145 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 145
136 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 64
Firman Allah SWT :
َ ۡ ُ ۡ َ َ ُ َ َ ٗ َ َ ۡ ُ َ ܅ ُ َ َ َ َ
ۡ َ َ
ٓ
ٰ
ٰ
ِ ضܵأ ِ ݔٵܕܡ ܛݞورܰ ۖ ܟݣاء ݗٶݕ ِܒٱ ܟݏܛݛ ۦِهِܰڮ ِمݠݐژو
ۡ
ٞ َ ٞ َ َ ۡ ُ َ ُ َ َ ٓ ُ َ ܆ َ َ َ َ ܅
٦٤ ܜڊܱݏ با݆ܰ ݗٵܰܭܕݤٳ ٖءݠܵٹ ܛݞݠܵݙ٭ ݫو ِۖܒٱ
ِ
ِ
Ertinya: “Dan wahai kaumku. Ini adalah unta betina dari Allah untuk
kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku. Oleh
itu, biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu
menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya)
maka kamu akan ditimpa azab seksa yang dekat masa datangnya”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan keadaan Nabi Soleh a.s ketika Baginda
menjawab permintaan kaumnya yang ingin dibawakan seekor unta
sebagai mukjizat.
2. Allah SWT memberikan mereka seekor unta dengan sifat-sifat yang
mereka minta. Mereka diperintahkan agar membiarkan unta tersebut
bebas makan dan minum.
3. Mereka dilarang dari menyakiti atau menyembelih unta tersebut
kerana ia akan menyebabkan mereka ditimpa azab yang segera.
(Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)