Page 159 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 159
150 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menyatakan bahawa isteri Nabi Ibrahim a.s yang sedang
berdiri menjadi gembira setelah mendengar penjelasan para malaikat.
2. Para malaikat menyampaikan berita gembira bahawa isteri Nabi
Ibrahim a.s yang berusia lanjut akan melahirkan anak lelaki yang
bernama Ishak.
3. Mereka berdua bukan sahaja mendapat berita gembira dikurniakan
anak bahkan mereka juga akan dikurniakan cucu yang bernama
Yaakub.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Berkahwin dan mempunyai isteri adalah merupakan sunnah Para
Nabi dan merupakan satu tuntutan yang mulia.
2. Menyampaikan berita kelahiran anak adalah akhlak yang mulia.
Anak dan cucu adalah nikmat kurniaan yang wajar untuk bergembira
dan bersyukur.
3. Orang yang beriman tidak berputus asa dari kurniaan Allah yang
boleh diberikan kepada kita walaupun di luar jangkaan kita.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita mengikut dan mencontohi sunnah Para Nabi yang
berkahwin dan mempunyai isteri.
2. Hendaklah kita menyampaikan berita kelahiran anak dan bersyukur
dengan nikmat kurniaan anak dan cucu.
3. Hendaklah kita tidak berputus asa dari kurniaan Allah yang boleh
diberikan kepada kita walaupun di luar jangkaan kita.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang mengikut dan
mencontohi sunnah Para Rasul-Mu, kurniakanlah
kepada kami zuriat yang soleh. Amin.