Page 169 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 169
160 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan keadaan Nabi Lut a.s ketika para malaikat
yang berupa manusia telah datang kepadanya sebagai tetamu yang
asing.
2. Nabi Lut a.s merasa dukacita kerana takut para tetamunya akan
diganggu oleh kaumnya yang suka melakukan perbuatan yang keji
terhadap golongan lelaki.
3. Baginda merasa tidak terdaya untuk menjaga mereka dari
gangguan kaumnya. Baginda menganggap ia adalah hari yang amat
mencemaskan. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir
dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Kita perlu menjaga tetamu yang datang kepada kita jika diketahui
mereka akan diganggu atau disakiti oleh pihak lain yang berniat
buruk.
2. Kita perlu memastikan keselamatan para pelancong yang datang
berkunjung ke tempat kita. Tidak membiarkan mereka di dalam
bahaya.
3. Kita perlu memberikan hak yang sewajarnya kepada warga asing yang
datang ke negara kita dengan niat yang baik.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita menjaga tetamu yang datang kepada kita jika
diketahui mereka akan diganggu atau disakiti oleh pihak lain yang
berniat buruk.
2. Hendaklah kita memastikan keselamatan para pelancong yang datang
berkunjung ke tempat kita. Jangan membiarkan mereka di dalam
bahaya.
3. Hendaklah kita memberikan hak yang sewajarnya kepada warga asing
yang datang ke negara kita dengan niat yang baik.