Page 171 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 171

162   Surah Hud : Tafsir dan Huraian



              Ertinya: “Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan
              hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa
              melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: “Wahai kaumku. Di sini ada anak-
              anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan
              mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi
              malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu
              seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?”





               Keterangan Ayat


                 1.  Allah SWT menjelaskan kesungguhan Nabi Lut a.s mempertahankan
                   para tetamunya dari kaumnya yang telah biasa melakukan perbuatan
                   yang buruk.
                 2.  Nabi Lut a.s menjelaskan kepada kaumnya bahawa mereka dihalalkan
                   untuk berkahwin dengan para wanita yang suci untuk mereka.
                 3. Baginda meminta kaumnya supaya takut kepada Allah dan tidak
                   melakukan perbuatan terkutuk tersebut kepada para tetamunya.
                   Kaumnya tidak menggunakan akal. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-
                   Qurtubi, Ibn Kathir dll.)


               Antara Petunjuk Ayat

                 1. Kita perlu mempertahankan para tetamu kita dari gangguan orang
                   yang ingin melakukan perbuatan yang buruk terhadap mereka.
                 2. Hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan adalah fitrah
                   yang suci. Hubungan sesama jenis adalah perbuatan keji dan kotor
                   yang tidak berakal.
                 3. Orang yang ingat kepada Allah dan takut kepada azab-Nya akan
                   terhindar dari melakukan perbuatan yang terkutuk.
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176