Page 173 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 173
164 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 79-80
Firman Allah SWT :
َ
َ ُ ۡ َ َ َ ܅ ّ َ ۡ َ َ َ َ َ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ْ ُ َ
ܛ ݘ ݗ ݖ ݇ ُ ݑ ݛ ܳ ݎ ܪ ݚ ِݘ ݑ ِ ܡ ܛ ݜ ٬ ِ ܛ ّ ܛ ݘ ܠ ݙ ِݖ ݆ ܯ ݐ ݕ ا ݠ ڍ ܛ ݏ
ٖ
َ
ُ
َ ۡ ُ ٰ َ ٓ َ ۡ ً ܅ ۡ ُ ܅ َ ۡ َ َ َ ُ ُ
٨٠ ٖܯݣِܯܷ ݚٵر ِإ يواء وأ ةݠݏ ݗٶܝ نأ ݠڍ لܛݏ ٧٩ ܯڊܱݛ
ِ ِ
ٖ ِ ِ
Ertinya: “Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau telah pun mengetahui
bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu,
dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki”.
Nabi Lut berkata: “Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau
aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-
penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menyatakan dialog di antara Nabi Lut a.s dengan
kaumnya yang berkeras dengan nafsu songsang mereka dan mereka
menolak nasihat Nabi Lut a.s.
2. Mereka tidak bernafsu kepada para wanita. Bahkan mereka hanya
ingin melepaskan nafsu mereka dengan melakukan homoseksual yang
haram.
3. Nabi Lut a.s berharap jika Baginda mempunyai kekuatan untuk
menentang kehendak mereka dan jika ada penyokong yang kuat
untuk membantunya. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn
Kathir dll.)