Page 175 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 175
166 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 81
Firman Allah SWT :
َ َ َ ْ ُ
ۡ َ ۡ ۡ َ َ ۡ ٓ َ َ َ ّ َ ُ ُ ُ ܅ ُ ُ ْ ُ َ
َ
ٰ
ٖ ِ݅݁ݐܝ ݑِݖݞܕܝ ߌܕ ۖݑِْإ اݠݖ ِ ܻݣ ݚݕ ݑډر ݔܴر ܛݛِإ طݠݖژ اݠڍܛݏ
ِ
ِ ِ
ِ
َ
َ
ۡ
ٓ َ َ ُ ُ ُ ܅ َ َ ۡ ܅ ٌ َ ۡ ُ ۡ َ َ َ َ ۡ ܅ َ ّ
َ
ܛݘ ܛݟܞݤ ِ ܻڎ ۥݝݛِإ ۖݑܡڅܱڎٱ ݫِإ ܯܪأ ݗٶݜِݘ ܠِݍܢݖݣ ݫو ݔْٱ ݚِݘ
ِ
َ ُ ۡ ܆ َ ۡ َ َ ُ ۡ ܆ ُ ُ َ ۡ َ ܅ ۡ ُ َ َ َ
٨١ ܜڊܱݐܝ ܩܞܻڍٱ ܳڄݕڅ ۚܩܞܻڍٱ ݗݞܯِ݆ݠڎ نِإ ۚݗݟ٬ܛܺأ
ٖ ِ ِ
Ertinya: “(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: “Wahai Lut.
Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau
yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang
bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan
keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorang pun di antara
kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa
azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka).
Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka
ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menyatakan bahawa para malaikat menjelaskan kepada
Nabi Lut a.s keadaan sebenar mereka yang diutuskan oleh Allah
untuk membinasakan kaumnya.
2. Para malaikat memerintahkan Nabi Lut a.s supaya membawa
keluarganya keluar dari tempat tersebut pada tengah malam dan tidak
menoleh ke belakang.
3. Isteri Nabi Lut a.s pula akan ditimpa azab seperti kaumnya kerana
beliau kufur dan menyokong kaumnya yang melakukan homoseksual.
(Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)