Page 176 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 176

Tema 10 :  Pemusnahan Kaum Lut AS dan Perlindungan
                                                     ke Atas Baginda dan Pengikutnya      167


                 Antara Petunjuk Ayat

                   1.  Bantuan Allah datang tepat pada waktunya. Pertolongan Allah tiba
                      pada waktu yang ditetapkan oleh Allah.
                   2.  Kebinasaan orang yang kufur dan ingkar kepada Allah telah ditetapkan
                      tepat pada waktunya. Tidak cepat dan tidak lambat.
                   3. Orang yang menyokong golongan yang melakukan homoseksual
                      adalah orang yang akan menerima balasan yang sama seperti mereka.


                 Kaedah Beramal

                   1. Hendaklah kita memohon bantuan dan pertolongan kepada Allah.
                      Hanya Dia yang memberikan bantuan dan pertolongan.

                   2.  Jangan kita sangka bahawa Allah SWT terlupa kepada orang-orang
                      yang kufur dan ingkar. Waktu kebinasaan mereka telah ditetapkan.
                   3. Jangan kita menyokong golongan yang melakukan homoseksual.
                      Jangan jadi orang yang mendapat balasan yang sama seperti mereka.


                         Ya Allah kurniakanlah kepada kami bantuan dan
                         pertolongan-Mu, jauhkanlah kami dari azab dan
                                     kemurkaan-Mu. Amin.







                                                         Sila tambah
                                                      petunjuk-petunjuk
                                                            ayat
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181