Page 213 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 213
204 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa
kisah umat-umat yang dinyatakan itu adalah sebahagian dari kisah
mereka yang benar.
2. Mereka adalah penduduk negeri-negeri yang telah dibinasakan kerana
kezaliman dan kekufuran mereka.
3. Sebahagian dari tinggalan mereka masih wujud untuk disaksikan.
Sebahagian yang lain telah hancur lebur tanpa meninggalkan kesan.
(Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Kisah umat-umat terdahulu yang dinyatakan di dalam Al-Quran
adalah kisah yang benar untuk dijadikan pengajaran.
2. Kesudahan kaum yang zalim dan kufur adalah kebinasaan dan
kehancuran. Kesombongan mereka hanya sementara.
3. Kesan tinggalan kaum-kaum yang telah dibinasakan adalah untuk
kita saksikan sebagai iktibar dan peringatan.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita menjadikan kisah umat-umat terdahulu yang
dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai pengajaran untuk kita.
2. Hendaklah kita menjauhi sifat-sifat yang telah dilakukan oleh umat-
umat terdahulu yang telah dibinasakan. Jangan kufur seperti mereka.
3. Hendaklah kita menyaksikan kesan tinggalan umat-umat yang telah
dibinasakan dengan penuh keinsafan dan iktibar.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang mengambil
iktibar dari kisah umat-umat yang telah dibinasakan,
bantulah kami untuk menjauhi sifat-sifat mereka. Amin.